Ini Reaksi Nazri Bila Jumpa Tun M ,Apa Yang Terjadi Sangat Mengejutkan Ramai Pihak…

Sebelum PRU 14, bermacam2 ragam menteri kita dapat lihat. Antara menteri paling vokal dan keras terhadap Tun Mahathir ialah Datuk Seri Nazri Aziz. Mari kita soroti kembali kata2 angkuh Nazri terhadap Tun Mahahtir supaya menjadi iktibar dan pedoman kepada menteri2 lain di masa hadapan

PADANG RENGAS: Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu.

Mantan perdana menteri memberitahu dalam pertemuan singkat selama 30 minit itu, beliau tertanya-tanya mengapa Nazri langsung tidak berbual dengannya walaupun sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut menunggu beliau berjam-jam lamanya.

“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.

“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa?” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, di sini, pada malam Sabtu.

Tambah Dr Mahathir, Nazri langsung tidak memandang wajahnya dalam pertemuan berkenaan walaupun sebelum itu telah menunggu ketibaan beliau bersama isteri di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah selama empat jam.

“Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak… saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu turut meragui kebolehan Nazri memimpin negara kerana dakwanya Anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak mampu menjaga serta membangunkan kawasannya sendiri.

“Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri (tapi) tak nampak macam kawasan menteri, kawasan sendiri pun tak tahu jaga,” katanya lagi.

Pada petang Sabtu, Dr Mahathir dan Nazri telah meluangkan masa bersama hampir 30 minit di sebuah gerai cendol di Lembah Sungai Perak.

Kedua-dua ahli politik itu sebelum ini dijadualkan berdebat di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu namun ditunda pada 7 April depan kerana gagal mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.

sebelum itu..

Nak tahu saya bisu atau tidak, tunggu 7 April nanti – Nazri Aziz

Itu kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika mengulas kenyataan berunsur sindiran daripada penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Nazri dalam pada itu menyangkal dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan beliau tidak berbual dan hanya “diam seribu bahasa” di sepanjang pertemuan singkat mereka di Kuala Kangsar pada Sabtu.

BACA: Tadi sungguh-sungguh nak jumpa, dah jumpa diam pula – Dr Mahathir

“Di majlis makan cendol itu dia (Dr Mahathir) tak tanya apa-apa pun pada saya, jadi saya diamlah sebab itu majlis kendalian mereka. Bukannya saya membisu kerana takut atau sebagainya.

BACA: ‘Debat’ Nazri dan Dr Mahathir di gerai cendol

“Lagipun saya diberitahu bahawa tiada ucapan dan hanya santai sahaja. Jadi saya fahamlah ini majlis dia dan tak mahulah saya bercakap,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Serentak Masyuarat Agung UMNO Cawangan Bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium Lubok Merbau pada Ahad.

Jelasnya, dia mengharapkan wacana yang dijadual berlangsung 7 April ini tidak dibatalkan kerana menurutnya wacana seumpama itu di bawah kelolaan Karangkraf sudah 46 kali dijalankan.

BACA: Isu debat: Tun M perlu bersedia untuk ditegur Nazri – Azwan Bro

“Tidak ada alasan sebenarnya untuk pihak polis tidak memberi izin untuk adakan wacana nanti. Apa pun, nak tahu saya bisu atau tidak, tunggulah 7 haribulan nanti,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menolak tuduhan Mahathir tentang kemampuannya dalam membangunkan kawasan Parlimen Padang Rengas.

“Saya akan membawa pembangunan mengikut keperluan dan mengambil kira latar belakang di Parlimen Padang Rengas.

“Itu kawasan pekan kecil takkanlah nak letak sampai 30 tingkat bangunan. Gilalah kalau macam itu, saya belum gila lagi… kalau saya gila mungkin saya buat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazri berkata beliau dimaklumkan bahawa Naib Presiden PPBM Perak, Datuk Hamidah Osman berminat untuk bertanding di Parlimen Padang Rengas.

“Hamidah ada beritahu, Tun M pun sama jelaskan kepada saya yang dia (Hamidah) minat bertanding di sini. Saya kata tiada masalah. Lagi ramai lagi bagus, sebab ini demokrasi.

“Kalau sampai empat atau lima parti hendak menjatuhkan UMNO, sama sama kita lawanlah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *